| home | profile | affiliates | credit | contact |
+terima kasih untuk kamu+
Feb 5, 2010


Pergilah satu hidup bahagia yang telah pun tertewas
Terdengar satu kesalahan yang mungkin dimaaf
Perasaan ini seperti telah pun mati
Hanya kehendak aku berdiri sendiri
Dia yang telah tiada
Hilang dimataku walau aku tahu oh hatimu
Cukuplah sekadar satu senyuman yang mampu
Memanjangkan nafasku

Modread – Neeruza Ozawa


Kengkadang bila kita cuba mendapatkan sesuatu dan kehilangan sesuatu lalu diberikan sesuatu kita menjadi tamak haloba.

Sebolehnya kita mahukan sesuatu itu menjadi hak milik kita walau apa jua yang terjadi.

Mulut berkata-kata menjadi hakim yang tidak berbayar dan menjatuhkan hukuman terhadap kamu namun kamu berusaha menjadi kebal, mengelak kerana kekurangan bukti di mahkamah.


Kekadang aku sendiri rimas dengan keadaan sekeliling yang menyesakkan salur pernafasan aku. Asap busuk, debu tebal memenuhi ruang esofagus aku. Kepala berpinar-pinar akibat terlalu banyak cahaya yang tidak ditapis menerombos setiap ruang dan sisi kulit gelap aku. Aku rimas.


Aku tidak mahu diambil tahu dan dimengertikan oleh semua orang. Tidak perlu setiap nanoinci hidup aku dikhabarkan pada zillion manusia di muka bumi ini. Cukup sekadar kewujudan aku di muka bumi Allah ini dirahmati dan dilimpahkan rezeki halal oleh DIA.


Bahasa apa yang aku cuba pakai ini?


Lenggok apa yang aku cuba narikan ini?


Yang aku tahu seperti biasa tangan ini hanya menaip setiap bait kata mengikut sesedap hati dan sesedap rasa dia. Tanpa ada sebarang pernapisan dan sekatan. Setiap perkataan yang keluar itu dijana oleh kepala otak aku yang tidak tahu nak duduk diam. Makanya terjadilah entri berbaur lucah seperti ini. Maafkan aku ya kawan-kawan.



3:35 PM | | back to top



Beberapa hari yang lepas aku belajar sesuatu. Dan cuba untuk bersyukur atas hidup aku yang pada dasar aku selalu katakan tidak bertuah itu.


Aku suka naik kapal. Walaupun boleh dibilang dengan jari berapa kali aku naik untuk sebulan tapi aku suka. Lelagi dengan keadaan sekarang memang pantang orang ajak konfiden aku jawap ‘IKUT!’


Cuma bila aku naik kapal ada perkara yang aku tak suka. Aku tak suka bau asap welding. Serious bau busuk.sesak.sakit.rimas semua menjelma. Dari aku sihat terus jadi sakit. Dari kuat untuk berjalan dari aft ke fwd terus jadi lembik.


Dan hari itu aku terpaksa masuk dalam ruang gelap yang panas sambil merangkak atas papan scaffolding. Kalau patah komfem aku mati dalam tank itu. Dalam ruang sekecil lubang kubur sambil merangkak dan menjerit nama sunbae cakap ‘lampu, lampu. Aku tak nampak nie!’. Aku berfikir. Bagaimana manusia-manusia itu menjalankan kerja mereka?


Kamu tahu untuk welding steel plate dalam ruang kecil itu sambil mendongak kepala dan menghidu asap welding itu dengan pencahayaan yang malap-malap dan menahan haba panas itu seperti menyuruh aku berjalan guna tangan sambil panjat gunung panti seksanya.


Dan aku kagum dengan mereka.


Walau ada ketikanya aku merasakan mereka itu memandang aku seperti perogol bersiri aku tetap hormat dan kagum dengan mereka.


Sebab aku rasa aku sangat bertuah dengan kehidupan aku, dengan kerja aku. Dan ketika itu aku bersyukur sangat dengan apa yang ada.


Benar mereka itu busuk.kotor.kepam.geli.berminyak.


Tapi itu kerja yang terpaksa mereka pilih. Andai diberikan peluang pasti mereka tidak mahu melakukan itu. Pasti mereka lebih rela pulang ke tanah air mereka hidup bersama keluarga mereka.


Dan aku belajar jangan sesekali memperlekehkan manusia lain walau mereka hanya seorang tukang kutip pinggan kamu ataupun tukang cuci jambam kamu.


Kalau tiada mereka kamu sanggup nak buat?


Setiap manusia itu sama pentingnya dengan kewujudan kamu itu.


Jadi bersyukur!


3:32 PM | | back to top

+aku mempunyai kekasih baru dan namanya ialah.....+
Feb 2, 2010


Suka.


Cinta.


Sayang.


Kasih.


Pada dia.


Serius aku tengah bercinta sekarang.

Kekasih aku itu unik.dan jatuh cinta pada dia sungguh buat aku seperti orang gila.

Sini aku ceritakan satu per satu.


Kekasih aku itu cerah sedikit kulitnya berbanding aku namun dia tidak kisah semua itu.

Kekasih aku ini unik sedikit sebab dia total jari dia 21. Mungkin kamu kata dia cacat tapi aku menerima dia sedanya.


Kekasih aku ini mempunyai tahi lalat yang sangat besar dan itu yg buat aku cinta pada dia.

Jika dilihat kekasih aku ini seperti aku. Kurus. Tapi die mempunyai pinggul yang besar tak macam aku yang flat jer.


Aku suka bela jari-jemari kekasih aku itu. Walaupun kasar tapi aku suka. Bila aku sentuh jari dia terasa asyik sekali. Kekasih aku selalu membiarkan aku membelai dia sepenuh hati aku.


Dia pun manja seperti aku.


So manis!


Sekarang hari-hari aku berdating dengan dia sebab kalau sehari tidak berjumpa terasa sangat rindu.


Aku dan kekasih masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Mahu aku teroka setiap isi dan ruang tentang kekasih aku itu.


Aku perlu berhati-hati supaya hati kedua-dua belah pihak tidak terluka.

Aku sayang sangat dengan kekasih baru aku itu.

Hari ini aku berjumpa lagi dengan dia. Tidak sabar rasanya.


Nanti aku ceritakan lagi perihal kekasih aku itu lagi.


P/s: semua orang memberi gelaran kepada kekasih masing-masing. Dan aku masih mencari gelaran untuk keasih aku yang satu ini. Any suggestion?



4:33 PM | | back to top

+humpty dumpty+
Jan 29, 2010


I'd like to make myself believe
That planet Earth turns slowly
It's hard to say that I'd rather stay
Awake when I'm asleep
'Cause everything is never as it seems

Fireflies – Owl City


Ok aku dah tak tahan.

Rasa macam nak meletup-sepakterajang-sumpahseranah-menggila

Serius. Aku dah penat. Melayan kerenah aku dan kerenah manusia pelbagai alam.

Mengalahkan taufan Katrina.


Aku.

Periang. Happy go lucky. Giggly. Joker.

Perwatakan itu yang disuapkan dalam kepala otak mereka tentang aku.

Jadi bila aku cuba bertukar menjadi Ms. Grumpy mereka mempersoalkannya.

Sungguh! Aku dilarang marah dilarang memberontak dilarang bersuara.

Aku mesti/harus/wajib menurut kata mereka.

Kata aku dimatikan.


Aku penat untuk menjadi seorang manusia yang bertanggungjawab.

Sekali sekala aku mahu juga lepas tangan. Kepala otak sudah puas berputar 720darjah untuk memikirkan sesuautu yang kamu malas untuk fikir.

Tapi bila aku dah fikirkan kamu kata aku ini seperti gila kuasa. Sial lah!


Penat untuk aku fikir tentang diri aku, diri kau dan diri mereka yang lain.

Dahi aku dah di cop permanent! Jadi semuanya harus aku yang fikir.


Tapi itu dahulu.


Sekarang aku mahu senyap. Buat tidak peduli. Tengok apa yang kau mahu cakap pulak?



10:36 AM | | back to top

+aku seperti watak Alice in Wonderland+
Jan 26, 2010


“If I had a world of my own,

everything would be nonsense.

Nothing would be what it is,

because everything

would be what it isn't.

And contrary wise,

what is,

it wouldn't be. And

what it wouldn't be,

it would. You see?”

Alice - Alice in Wonderland


Hebat sungguh kuasa Yang Maha Esa itu

DIA berikan aku pelangi dan khayalkan aku dengan indah untuk seketika

Namun DIA juga berikan kelabu untuk aku tatap sepenuh hati

Dua pilihan itu DIA berikan pada aku serentak dan aku keliru untuk memilih.


Aku tahu apa yang aku lakukan namun kekadang aku alpa dengan keputusan itu. Aku terlalu khayal dan memerlukan sesuatu untuk membangunkan aku dari dunia ciptaan aku sendiri.

Aku diberikan pelbagai rasa dalam setiap detik. Seperti menikmati makan malam beserta lauk ikan masak 3rasa.

Cukup untuk buat aku keliru.menyimpang.suka.bersalah.

Aku buntu.


Benar aku yang meletakkan diri aku dalam situasi itu.

Tapi sumpah! Aku sendiri tidak tahu bila dan bagaimana situasi itu mula menjalar dalam diri.


Mungkin.mungkin rasanya ketika aku perlukan sesuatu untuk melupakan sesuatu maka sesuatu yang lain datang. Bukan sebelum ini tidak mencuba tapi kali ini buat aku betul-betul hilang ingatan akan sesuatu yang menghantui aku.


Aku rasa indah tapi pada masa sama aku rasa kosong.


Matikah sudah hati ini?


Kosongkah sudah jiwa ini?


Yang aku tahu itu bukan pelangi aku. Itu bukan indah aku.


Dan aku hanya antara berjuta manusia yang berkongsi rasa dan indah di suatu petang melihat pelangi itu.


Seperti biasa aku cuba memahami situasi itu. Tapi makin aku cuba faham aku seperti dibawa jauh ke dalam seperti Alice yang sesat dalam Wonderland.


Tolong.


Mahu pulang.


Tunjukkan jalan.


"We're all mad here"
Cheshire Cat – Alice in Wonderland



4:52 PM | | back to top

+mencari aku+
Jan 25, 2010


Hati tengah gembira

Tapi kenapa entri-entri aku berbaur sedih

I lost my appetite?



4:10 PM | | back to top

+aku rasa indah+
Jan 23, 2010


Salahkah untuk aku mencipta bahagia aku sendiri?

Salahkan untuk aku menikmati masa yang sangat terhad ini?

Salahkah untuk aku melihat indah itu dari sudut pandangan aku sendiri?

Aku tahu indah itu tidak lama

Aku tahu indah itu bukan hak milik kekal aku

Tapi biarkanlah untuk sekali ini

Untuk aku merasa indah itu

Walaupun untuk seketika.




Harimau Jadian Malaya.








4:06 PM | | back to top

+aku seorang plagiat+
Jan 20, 2010


Ulat-ulat gemuk beranak-

pinak. Menghisap kesemua

plasma darah hingga kau kurus

kering. Hati kau dah rosak.

Expired!

Taf Teh – Dua Lauk


Entah kenapa aku seperti manusia yang disuapkan heroin dan khayal dalam dunia ciptaan aku.

Terasa diawang-awangan tapi tak mampu menerbangkan diri yang keding ini kerana tidak bersayap.


Gila.


Mungkin itu perkataan yang agak tepat untuk aku gambarkan situasi diri aku sekarang.


Mood berubah-ubah walaupun tidak mengalami sindrom PMS.


Kejap suka. Kejap benci. Kejap marah. Kejap sayang. Kejap monyok. Semua perasaan itu boleh berulang-ulang selang 3600saat. Serius. Mereka cakap aku macam angin taufan. Dan kadangkala gila. Entah kenapa aku pun tidak tahu.


Aku mengidamkan sesuatu. Aku mahukan sesuatu. Aku menginginkan sesuatu.

So korang pahamkan betapa mahunya aku akan sesuatu itu yang teramat sangat. Berusaha untuk

ke arah itu.


Ini aku plagiat dari MAGENTA


Sebab tu ramai perempuan perlukan validation yang mereka cantik dan seksi oleh ramai lelaki dan bukan seorang saja. Macam aku kata pada kawan aku, dah kahwin ke dah ada bf ke, ada yang masih perlukan validation oleh lelaki lain. Kena rasa bahawa mereka 'berbaloi'.

Ulasan aku?

Dek kerana aku masih sendiri berjuta-juta umat asyik bertanya. Siapa? Bila? Kenapa? WTF! Aku selesa begini. Mungkin jodoh aku lambat tidak seperti kamu. Atau mungkin ditakdirkan aku sendiri sepanjang hayat. Itu kerja DIA bukan? Aku hanya mampu berdoa dan berusaha. Nasib aku bukan terletak pada kamu orang semua. So stop asking that damn question!


Apa kaitan dengan sisterhood? Kau perasan tak, laki yang tiba-tiba jatuh cinta atau 'berkapel' mesti tiba-tiba jadi hotstuff. Padahal masa single tak ada pun perempuan nak gila-gila ngorat. Bila dah kapel, tiba-tiba ramai yang menggatal. Dari yang sudah berpunya, yang belum berpunya, yang mengorat semua orang, even yang preach about sisterhood. Teori aku? Perempuan-perempuan yang mengorat ni insecure sebenarnya. Mereka rasa, kalau mereka dapat merampas, mereka 'menang'. Mereka lagi berkuasa. Lagi lawa.
Ulasan aku?

Mungkin satu ketika dahulu bila lelaki yang kamu anggap hodoh ataupun jijik untuk melihatnya tiba-tiba sudah up market dia. Maka seharusnya kamu mendapatkan itu. Macam membeli-belah kat shopping mall. Mula-mula tengok baju tuh macam tak berkenan/ warna tak sesuai. Sekali nampak ada orang lain masuk fitting room try baju tuh. Tiba-tiba hati berkenan pulak. Takkan korang tak pernah rasa macam tuh kot. Huh!


Realitinya kau tak menang apa-apa. Kau mungkin lagi sedih kalau kau tau apa yang laki itu fikirkan. Kalau betullah kamu seorang perempuan yang sayangkan perempuan lain, hormat relationship orang lain. Hormat perempuan yang lagi satu tu, even though she is a stranger to you. Sebab kau kenal kaum dia, kau pun perempuan. Don't preach about sisterhood if you can't respect other women. Kau suka kalau perempuan lain menggatal dengan laki kau?

Click here to read more

Ulasan aku?

Ini betul-betul realiti. Terjadi kat diri sendiri dan kesayangan aku. Aku alami 2 2 keadaan. Dirampas dan merampas. Kesimpulannya? SO DAMN PATHETIC! Bukan bagi kamu tapi aku.


Situasi itu mungkin berlaku pada aku, pada keluarga aku, pada kawan-kawan aku ataupun pada kamu semua.


Kelakar ada.


Sedih ada.


Macam bangang pun ada juga.


Semualah ada.


Sebab situasi itu semua aku dah pernah ada dah pernah tempuh dan alami. Kesimpulannya segala keputusan atas tangan kau sendiri.



12:48 PM | | back to top

Klik nie tau!



Disclaimer


i write whatever that cross my mind. my words express my feeling. if u dont like hmmm do i look like i care? i can be ur sweet dream but i also can be your beautiful nightmare.



Blogger.Status
currently online
totally spies so far



Bubbly.Talk
Do not use RUDE words. I will ban U!!Wanna exchange link?? Do drop ur link+email+ur name




Mixpod


MusicPlaylistRingtones




ThousandOnePieces


















Wordle: Cebisan Rabak Jowa





Merry.Go.Round




Rewind